Wednesday 17 July 2013

TRIP KELANTAN TERENGGANU (AKHIR)

Assalammualaikum...

baiklah, mari kita sambung balik perjalanan kita yang banyak kali tertunggak kan,

akhirnya, tibalah masa kami semua meninggalkan negara terengganu dengan senyuman.. :)

perjalanan diteruskan ke Kota Baharu Kelantan, memandangkan perjalanan agak jauh, maka, kami semua dihiburkan lagu-lagu jiwang karat zaman dulu kala, sambil nyanyi ramai-ramai, aku pun tak faham, kenapa video klip zaman dulu, just letak perempuan sambil buat muka tension, sedih dan gembira. Dah kenapa haaa??

sampai Kelantan hampir pukul 8.30 malam, oleh itu, tanpa membuang masa aktiviti menghabiskan wang diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir...

MALAM KEDUA

WAKAF CHE YEH :

Memandangkan aku ni bukanlah raja shopping, so, membeli dengan mata sudah la. Banyak juga barang yang dijual dengan harga murah berganda. Paling top kat sini, jersey! sebabnya, dengan harga RM10, korang boleh beli macam-macam brand... siap tulis nama lagi! kau ado? lagi-lagi deboom kat sini, kain pasang, hoi! rambang mata nak pilih, dah tu murah yang teramat~ saya suka! saya suka!




Korang tau tak, kat sana, hampir kesemua kedai yang menjual beng tangan akan jual beng design yang ini, aku adalah satu-satunya insan yang teruja tengok beg ni, HAHA, apa boleh buat, first time ooo, dah tu, ada ke orang nak beli? sapa yang beli beng ni, bawa pi market pun, dua tiga kali aku tabik!

jadi tepat jam 12.00 pagi kitorang pun bertolak ke tempat penginapan. Sebenarnya masa diberi sekejap je, tapi, atas dasar keterujaan atau sesat di dalam wakaf ni, maka, terpaksa tunggu yang lain, aptb!

tempat penginapan kitorang agak kekampungan, paling tak boleh blah! sebelah kubur wei! apa punya strategik la~ kalau kat Terengganu tu, lebih better dari yang Kelantan, sebabnya, kehampehan tahap maksima la! dengan air nak mandi mengalir bagaikan siput... aptb!

esok pagi kitorang ke 

KAWASAN PASAR SITI KHADIJAH :

Sampai-sampai sini, of kus! perut mahu diisi kan, jadi, nampak dari jauh roti canai terbang dengan jayanya!





Roti canai dia biasa-biasa saja, cuma, terpotong kat kuah dia, sebab sikit sangat yang dikasi, so, aku dengan lagak mak datin, pergi tambah kuah sendiri.haha. kat situ pun ada nasi dagang jugak, cuma, aku tak kempunan nak makan kan, tapi, dorang kata sedap, so korang patut cuba ok...

lepas tu, group aku ni, malas nak ke Pasar Siti Khadijah, so, just ronda-ronda situ je, tengok la dari luar kawasan istana.. lepas tu, ada pulak sesi melompat dekat depan pagar istana, kau ado? tapi, aku tak uplod la yer, gila kau! tapi, best sangat! sebab aku maintain comel waktu melompat







baiklah, sebelum ke destinasi terakhir, tak sah kalau tak ke

PANTAI CAHAYA BULAN 

kat sini, kitorang just singgah sekejap saja, sebab nak capai target sampai ke sekolah tepat jam 10 malam,
kat sini, adanya sesi fotografi~ aku yang malas nak turun, terpaksa turun dari bas ok, semata-mata nak bergambar, itu pun, lepas dorang call, nampak sangat pic tu tak berseri tanpa wajahku, hahaha


nampak tak keserian wajahku! haha, pic ni, kita kasi besar plus-plus! sebab cantik sangat!

jadi, destinasi terakhir

RANTAU PANJANG 

tempat paling best bagi aku kat sini la! aku suka sangat! macam-macam ada~ dah tu, harga lebih murah berbanding tempat lain, dah macam Pasar kemboja aku tengok! 

tapi, cuaca kawasan sini panas membahang tau~ korang rasa agak kurang selesa, so, better bawa kipas ke, air mineral k, apa-apa je la, asalkan korang boleh membeli dengan senang hati, tapi, sebab aku suka, so, cuaca panas bukan la alasan untuk aku berjalan keliling rantau panjang ni




Sebelum masuk rantau panjang, kita akan lalu sini dulu! waktu ni, aku dah excited dah! benda yang buat aku teruja kan, tengok motosikal raga depan, hahah, aku sorang je kot yang teruja, yang lain buat biasa saja, 

kat sini, dapat la sehelai baju tribal, nanti-nanti aku show off ok, haha, riak sunggu minah ni!

ok la uolls, nanti kita cerita benda lain ekk... 

tatatititutu~











No comments:

Post a Comment