Monday 8 July 2013

TRIP TERENGGANU KELANTAN

Assalammualaikum,

Semalam baru saja sampai ke tempat asal selepas mengikuti trip terengganu kelantan  under MPP, kira semua budak form 6 yang sudah berbayar saja yang ikut, trip ke sana adalah selama 3 hari 2 malam, ok, tak payah poyo sangat la ana oii! ni bukan karangan ok!

DAY FIRST :

perjalanan mengambil masa hampir 6 jam, sebab nak pergi terengganu dulu pas tu, hari ketiga baru patah balik ke kelantan, so, senang sikit kalau nak balik nanti kan. Bertolak patutnya pada jam 5 pagi, tapi, oleh sebab ada la hamba ALLAH ni, perasan Datuk Bandar, terpaksa tunggu hampir jam 5.30 pagi, last-last dengan hormatnya pergi jemput di rumah beliau, overrr kau!

hari pertama mood aku tak berapa nak ok, sebab mai moon, benci ahkak! segugut dalam bas, dah la sepanjang perjalanan ke terengganu memang tak ada perhentian langsung, *meraung!

tapi, its ok, perempuan subur memang begitu, haha, persinggahan kami yang pertama adalah

MASJID KRISTAL

pemandangan area masjid kristal ni dari jauh memang cantik sangat! yang terkini, dekat area masjid kristal tu juga, ada TAMAN TAMADUN ISLAM, dalam tu, kita boleh tengok masjid-masjid yang ada dari seluruh negara, sangat menakjubkan! tapi, aku tak masuk pun sebab nya, dah pernah masuk kan sebelum ni, so, no need la, just ronda sana sini saja pun dah best, sambil buat muka cun tangkap gamba, aku kan muka wajib ada dalam setiap kamera orang, hahah






Memandangkan aku ni mai moon, so, no need la masuk dalam masjid kan, hormat la sikit~ but its ok, tengok dari luar pun, boleh jugak muhasabah diri kan, :)

jadi perjalanan diterus kan ke,

PANTAI BATU BURUK



kat sini pun sama sahaja, just jalan-jalan di tepian pantai, ingat nak buat aksi lompatan paradigma, tapi, apakan daya, ramai sangat orang hoi! segan aku, so, just mantainkan keayuan masing-masing sudah la yer, haha, memang meriah sangat kat sini wa habaq sama lu! tapi, tak nampak pun orang mandi, yang tu aku pelik sampai sekarang, kat sini lama jugak la kami singgah sampai jam 8 malam, nak tengok matahari terbenam pun, macam tak ternampak ok, ohh yee, aura jerebu kat terengganu ni, masih terasa, panas dia memang lain macam,




kat hujung pantai ni, kita boleh naik kereta kuda yang ala-ala princess gittew~ tapi, aku tak naik pun, sebab macam tak berbaloi kan rm5 takat nak pusing dua kali tapi, jauh dari pantai, so, mereka yang di atas gambar itu, naik la,
dari jauh nampak kuda terasa macam nak peluk kuat-kuat, tapi, bila datang dekat adohai omak takut! geli semacam~ *maafkan aku wahai sofea(nama kuda)

kat sini jugak la, kitorang makan malam, ohh yee~ sapa-sapa nak bercuti ke terengganu, lebih baik bawa bekal ke, spare duit lebih untuk makan ke, sebabnya, memang mahal sangat, dah tu, memang tak berbaloi pun makan kat sini,sebab sikit sangat, pinggan kemain besar lagi kan, *rasa nak nages je waktu bayar tu


                                                           lihat la wahai manusia! T.T
                                             malam tu, aku makan megi cup, lagi kenyang!

DAY 2 :

hari kedua, kami sebagai anak dara terpaksa bangun seawal 5 pagi sebab nak buat sandwich, aku bangun je, tolong nya idok la, sebabnya, ramai sangat anak dara tolong buat kan, so, tak payah kecoh-kecoh kat situ, mari kita sambung tidur balik, haha,

perjalanan diteruskan lagi ke,

PASAR PAYANG



kat sini la aku terbeli benda yang rasanya tak perlu kot, sebabnya, bajet aku pergi sini just RM100 sahaja, aku terbeli kacang cerdik yang gila hazab mahal, tapi, dah rambang mata kot, dok nampak kacang cerdik tu, terus tak jadi cerdik~
kat pasar payang ni, harga standard je, tak mahal dan tak murah, untuk kenangan, just beli keychain ajo untuk adik aku yang kecik, kesian pulak nanti kan,
kebersihan kat pasar payang ni,sangat la berada pada tahap yang kurang memuaskan, ntah la, aku tengok, kedai masing-masing kemain lagi, jual kain batik harga ratus-ratus, tapi, alahai~

                                     
                                 comel sangat kan! tinggal 3 ekor je lagi, tu pun nak kasi kat kawan,

selepas itu, perjalanan diteruskan lagi ke,

ARFA BATIK


kat bawah bangunan, ada bengkel pembuatan batik, so, boleh tengok la macam mana batik dihasilkan, kalau tak silap aku, dulu-dulu, kat sini pun ada jugak, bengkel pembuatan songket, tapi, sekarang tak ada dah, mungkin permintaan songket zaman ini dah kurang kot,


poyo je kan minah ni, haha, waktu ni, aku la kot orang first yang dia kasi "main" tekap-tekap ni, aku pun, dengan senang hati nya, hasilkan batik menggunakan tangan ku sendiri! *bangga



cantik kan, kan, kan ! keterujaan aku memang sangat terselah kat sini, tapi, sayang duit tak banyak, so, beli guna mata dah la, memang berkenan habis dengan batik corak paisley tu, nak-nak!

next destination, kitorang ke,

MASJID TERAPUNG 


singgah sini pun sekejap jugak, macam biasa la kan, photoshoot disetiap tempat yang kitorang singgah wajib ada, tapi, cantik sangat kan masjid ni, atas sungai, yang paling menakjubkan, air sungai kat sekitar masjid tu, memang jernih habis! mungkin air semayang kot, 

Selepas melawat kawasan mari kita ke,

MUZIUM TERENGGANU

kat sini pun sama je, tak masuk sebab dah pernah masuk, memang besar muzium ni, masa diberi selama 1 jam, so, dah sampai sini pun dah tengahari, marilah kita makan kat kafe di situ


aku order nasi goreng ayam dengan te'o ais limau, korang nilai la sendiri, ayam dia tu, kemain kecik, tapi, nasib baik la nasi banyak, dah kenyang kat sini, masuk hari kedua ni, tak banyak komplen pasal makanan, sebab dah biasa kot, walaupun, hati rasa menyesal je, hehe


so, destinasi terakhir kat terengganu ni, kitorang ke kedai kopok lekor losong, kalau nak makan kopok lekor, lebih baik beli kat terengganu ni, sebab kalau kelantan punya, kurang sikit kesedapannya, kalau rasa nak balik lambat lagi, better beli yang dah siap vokum,tapi kena tambah rm 0.50 je la, so, kopok leko tu, boleh bertahan hampir 5 hari,

ok lah, kita berhenti setakat ini ajo, next trip ke kelantan, nanti kita sambung ok, jangan ke mana-mana...


No comments:

Post a Comment