Friday 6 September 2013

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM


lawatan ke rumah anak yatim ni under persatuan pelajar islam, kira ni la aktiviti terakhir kitorang setelah satu setengah tahun bersama persatuan ni. Bagi aku kan, persatuan ni, tak berapa aktif sangat, nama pun pelajar islam, so, sebab tu la suam-suam ajo. lagi pun, pengerusi pula, ada ciri-ciri ustaz yang maha lemah lembut, so, lagi la suam-suam-suam kan.pada aku la kan, kalau nak berdakwah boleh, tapi, kena pantas, tuntas dan bersemangat! tengok la, macam penceramah-penceramah yang agak popular sekarang, semuanya pandai bercakap, so, semua orang yang dengar pun tertarik deboom!

 kalau kau cakap, then tarik nafas dua tiga kali, lepas tu, bercakap guna mikrofon pun, orang nak tak nak dengar jew, better, berdakwah dekat alam maya.... :)

ehh, aku tak kutuk ok, dalam berdakwah ni pun, cara mau ada, contohi la RASULLULLAH...

ok-ok, back to the tittle! sampai-sampai je pintu rumah anak yatim al-hidayah, taiping, kitorang disambut dengan meriah oleh anak-anak yatim dekat situ, maha teruja!

aktiviti pertama kitorang, bahagikan kumpulan, dalam kumpulan tu, ada si suami, si isteri pertama dan kedua beserta anak-anaknya...


contoh keluarga bahagia adalah di atas la, muhahahaha, bahagia sangat kan, sampai ado anak empat orang!



kat sini ada kembar tiga orang, tak silap aku, umur dalam tiga or empat tahun, kesian kan, kecil-kecil lagi dah dihantar kat sini, aku sangat bersyukur ok,ada mama abah adik abang lengkap semuanya


Bagus kan diorang ni, ajak tangkap gambar, kemain pandai jew bersusun elok depan kamera, clap-clap



Aktiviti pertama kitorang adalah cari gula-gula dalam tepung, muhahaha, gila syok, aku je yang melompat-lompat tengok diorang tiup, padahal, akak bahagian pengurusan dik, *sob sob

lepas je aktiviti tu, ada la macam aktiviti teka aksi, ingat gambar dalam masa seminit dan cipta baju menggunakan surat khabar..



diorang happy je dengan kitorang semua, i is so happy, keje nak gelak ajo dari start game untill nak balik!


keluarga bahagi again, si suami sangat la tidak senonoh sebab waktu kitorang tengah tiup tepung tu, ada patut si suami ni, berdiri tepi, sambil gelak-gelak, then, cakap tiup laaa, tiup laaa, muhaha, kong ajo sangat!


Last-last diorang menang gak johan ok! nasib baik, aku rasuah pengadil kasi diorang menang.. hoho~ apakejadah itu, mengucap cecepat! *islamik tetiba lepas tingat nama persatuan


Korang tau tak, aku paling suka budak kecik yang tengah-tengah tu...


Nama adik ni, Syuhadah, dia panggil apak dia abang z! muhaha, motif sangat kan onen!

Kebanyakkan adik-adik kat sini menjadi yatim je, ada jugak yatim piatu, tapi, tak ramai, 

semuanya, dalam linkungan umur 3 tahun sampai la SPM, 
ada yang ayah meninggal, dan paling sedih mak ayah becerai, then bila mak tak mampu jaga, dihantarnya ke sini, :(

diorang semua ada cerita diorang yang tersendiri, paling sedih, cerita seorang adik ni,

ayah kandung dia meninggal, then , mak dia kahwin lain, dia hantar kat sini pun sebab tak nak dia duduk dekat dengan ayah tiri dia, i dont know why, sebab dia cakap, personal problem, its ok ye dik, duduk sini best kan-kan..
dan yang paling best, kitorang jew, yang kali pertama melawat diorang secara beramai-ramai buat aktiviti semua.. :)



MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU.... 

No comments:

Post a Comment