Sunday 23 March 2014

OUR 2ND TRIP WITH MAKTOK

Memandangkan ini kali kedua kami tidur bersama,so, harus kita abadikan di sini.

sekarang ini payah sangat nak jumpa maktok ni, maklumlah, jarang balik, kadang-kadang, kalau balik pun, aku pula kerja, so, bila dia ajak aku bercuti sampai ke thailand, harus la pergi kan, ihiks!

aku pergi sana betul-betul lepas exam ekonomi sem 3, gila betul! nampak sangat tension nak menghadap subjek ekonomi tuu haaa.. hahaha..

memandangkan nak ke thailand, so, maktok ajak aku tidur ke rumah mak sedara dia atas bukit, serius weiii! rumah tu, cantik gilos, tahap nak hempuk kepala! bagi rasa berada dalam realiti bukan fantasi, cewahhh!


ihiks! sebelum sampai ke atas bukit, mehhh kita fotoshoot dulu,
ohoi! maktok aku sekarang ni dah pandai belit-beli tudung sampai senget-senget kepala,
ehem~ itu yang dinamakan hijabista bukan! lain daripada yang lain, hahahah

benda yang korang nampak macam tongkat itu, adalah monopod ya, aku gila jakun dengan bendalah ini, serius,orang yang suka selfie,like me, perlu mendapatkannya dengan kadar segera.so, idok ada la nampak muka kita bulat berganda bukan?







dengan maktok ini la, first time aku dapat main bowling, baling suka hati hang, bila bola start meluncur, even masuk dalam longkang, hang punya feeling, Tuhan je yang tau, betapa bangganya, aku dapat main bendalah ini weiii, hahaha, gila saiko minah ni!


cantik kan view atas bukit ni.
aku suka tengok langit.
bila tengok je, hati rasa lapang.




esok pagi, sebelum balik, semestinya ada sesi fotoshoot kami berdua, hasil bantuan monopod la, semua orang tertanya-tanya, sapa ambil gambar hampa? hahaha,

fotoshoot pagi tu, serius, berguling, melintang, kena gigit semut, ohoi! tak akan aku lupakan sampai bila-bila, maklumlah, gila selfie katakan, hahaha



THE ZONE. tempat wajib pergi bagi penggila coklat!

lepas bermalam atas bukit, kitorang teruskan perjalanan ke thailand, 
sebelum nak ke sana,kena tahan dengan kastam bukan?
sekali ternampak, sorang askar ni, tengah minum air, ohoi! hensem ok, dengan putih melepaknya, pakai spek mata hitam pula tu, perhhh gugat iman iolss.. hahaha

mula-mula kaki melangkah ke the zone, ohoi! di situ la syurga coklat, memang aku borong coklat la kekdahnya, tapi, nasib aku bukan penggila coklat sangat, yang paling gila maktok la, borong sampai ratus-ratus, in the end, kau bayar guna kad kredit, serius weii, kelas sangat! hahaha

aku kalau jejak tempat orang, lebih suka memerhati, nak tengok apa yang ada, nak shopping jarang sekali, ntah la, itu la aku, paling kurang pun, beli la pape un, untuk diri sendiri, kenangan je,

sebelum balik, kitorang menyinggah ke rumah bakal mak mertua maktok, family mertu maktok sangat sporting sampai aku rasa nak chop siap-siap adik dia, hahaha, tak ada maknanya ok! btw, thanks pada mak mertu maktok kerana berkenan dengan aku, hahaha, itu sangat lawak! 

aku tak bersedia lagi nak cari teman penganti, nanti-nanti la, hidup kat dunia bukan semata-mata nak bercinta je, kejar dulu cita-cita baru kejar cinta, ihiks!